Posts

Sebab Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet

Saya pasti anda semua dah pernah melalui fasa ini, berdiet tapi tak turun berat puas dah kira kalori, pergi bersenam, tak makan nasi tetapi berat masih maintain atau, dah banyak turun berat, lepas tu dia taknak turun- turun dah. Padahal masih jaga pemakanan dengan betul, bersenam dan sebagainya. KENAPA AGAKNYA YA ??? Anda mungkin feeling2 tengah berdiet, tetapi sebenarnya ada tabiat kecil yang anda tidak perasan yang menyebabkan berat tak turun- turun walaupun sudah berdiet salah satunya adalah: Cukupkah Anda Minum Air? Ramai orang yang ambil ringan bab minum air kosong, ada juga yang rasa dia sudah minum cukup, tetapi sebenarnya tak sampai pun 2 Liter. Pengambilan air kosong adalah sangat penting untuk penurunan berat badan, amalan minum 1/2 liter 30minit sebelum waktu makan akan turun 44% lebih banyak daripada yang tidak minum dengan secukupnya, minum air kosong juga dapat tingkatkan pembakaran kalori sebanyak 24-30% dalam masa satu setengah jam. Makan 3 kali s...

Aromaterapi - Sejarah & Manfaat

Sejarah Aromaterapi Pada ketika dahulu zaman mesir kuno pada 6000 tahun yang lalu mengunakan minyak-minyak wangi yang diambil dari sari tumbuhan untuk mengurut dan mandi.Tahun 4500 SM orang mesir menggunakan minyak kayu merah dan cedarwood untuk memumiyakan orang meninggal, kerana cedarwood mengandungi zat pengawet anti bakteri dan anti seftik yang sangat kuat sehingga jenazah tetap utuh. Zaman Romani & yunani pula memperoleh pengetahuan medis mereka dari mesir. Penggunaan minyak zaitun sebagai minyak yang menyerap aroma dari tumbuh-tumbuhan atau bunga kemudian digunakan untuk kosmetik dan ubat. Bangsa Romawi belajar dari Yunani dan menjadi terkenal dengan mandian beraroma diikuti dengan pengurutan menggunakan minyak aromatic. Aromaterapi mulai diterima luas sejak awal abad 20an,tahun 1930-an ahli kimia dari Prancis Rene Maurece Gatte Fosse menggunakan minyak lavender kerana tangannya mengalami luka akibat terbakar dan berparut, definisi aromatherapy adalah seni perawatan di...

Kopi

Secara umumnya kopi dinikmati pelbagai lapisan usia dan bangsa sebagai salah satu minuman kemestian, sesetengah individu  mengangap kopi adalah teman pada waktu pagi kerana ia dapat mengurangi rasa mengantuk/letih . Pelbagai pendapat bila ditanya samada minuman kopi baik untuk kesihatan atau sebaliknya. Jawapannya bergantung pada jenis kopi dan jumlah pengambilan. Katakan anda tidak menghidap kencing manis, anda tidak perlu risau meminum kopi sebab kajian mendapati kopi boleh menurunkan risiko menghidap kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2). Bukan kerana kafein, tapi bahan lain dalam kopi yang memberi kesan tersebut tidak kira samada ia minuman kopi berkafein ataupun tidak (decaffeinated coffee). Malangnya bagi pesakit diabetis atau kencing manis, mengambil minuman berkafein seperti kopi boleh memburukkan lagi penyakit diabetis yang dihidapi. Ini kerana kafein yang terkandung dalam minuman tersebut mengganggu sistem dalaman menyebabkan badan semakin sukar untuk mengaw...

Obesiti

Image
Apa itu obesiti ?  obesiti didefinasikan sebagai  pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang,lebih teruk lagi obesiti boleh menggangu & mencederakan organ-organ badan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serious , selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan social pengidap terdedah kepada pelbagai penyakit yang lain , jangka hayat juga semakin pendek. Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti : 1. Diabetis, 2. Darah tinggi,   3. Penyakit jantung,   4. Kegagalan sistem pernafasan , 5. Kegagalan system perkumuhan   6. Kanser dan sebagainya. Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti 1. Keturunan dan faktor genetik 2. Tiada senaman yang mencukupi 3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak 4. Hormon 5. Pengambilan ubat/ Rawatan 6. Virus Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak si...

Panduan Senaman Ringkas di Pejabat

Image
Selain menjaga pemakanan factor senaman atau regangan ringkas   juga sangat penting untuk mendapat kehidupan yang sihat, ahli terapi kesihatan berkata kaji selidik menunjukan 65% daripada pekerja pejabat mengalami masalah kesihatan kerana tekanan di tempat kerja dan 35% lagi disebabkan kecederaan fizikal. Senaman –senaman mudah di pejabat tidak memerlukan persediaan alatan ,ia boleh dilakukan dengan cepat dan mudah untuk memastikan otot direngangkan dan menghilangkan lenguh angota badan. Kami kongsikan senaman mudah yang boleh dilakukan di pejabat  :  1.Gunakan Tangga Seseorang yang berat 160lbs dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori sudah dibakar. Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung . 2. Menaikkan/Angkat Kaki (Leg Raise) Dalam keadaan masih duduk di atas kerusi (tanpa sesesiapa sedar...

Pegaga (Centella asiatica)

Pegaga ( Centella Asiatica ) adalah sejenis daun yang dikenali sebagai ulam dalam masyarakat melayu, pegaga juga terdapat di india, china & Indonesia namun kini pegaga semakin mendapat perhatian masyarakat. Seperti kita tahu pegaga sangat berkhasiat mengandungi pelbagai nutrient, antaranya adalah asid asiatik, kalsium potassium, fosforus, beta karotin, vitamin c, tiamin,niasin dan riboflavin. Selain dikenali sebagai ulam, pegaga  juga boleh di jadikan sebagai jus harian . Antara khasiat dan kegunaan pegaga :- merawat masalah selulit melewatkan proses penuaan ( antiaging) membantu masalah keguguran  rambut  serta menyihatkan kulit kepala dan kuku melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan masalah urat saraf merawat luka dalaman & luaran serta membaik pulih tisu yang rosak dan menghilangkan parut Pegaga juga digunakan sebagai rawatan semulajadi bagi mencegah  jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan pundi kenci...

Dietitian dan Komuniti

DIETITIAN -  Dietitian adalah pakar dalam  menguruskan makanan makanan sihat & resipi-resipi dalam organisasi pemakanan mereka mengetahui kesan-kesan pengambilan makanan diambil oleh seseorg,tugas mereka juga memberi suplemen atau makanan tambahan apa yang sesuai diambil oleh seseorang untuk menampung kekurangan nutrien dalam tubuh badan mereka. Selain itu, mereka juga tahu kesan persekitaran terhadap pemakanan yang diambil oleh kita. Perkhidmatan Makanan Dietitian bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan pengeluaran makanan (makanan biasa atau terapeutik) dan sistem penghantaran untuk memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang diberikan kepada pesakit atau pelanggan. Kawalan kualiti dan pematuhan terhadap piawaian dan garis panduan keselamatan makanan adalah penting. Usaha mendapatkan maklum balas mengenai kepuasan seseorang, jangkaan pelanggan dan peningkatan kualiti berterusan adalah aset kepada organisasi. Dietitian bekerja di hospital atau di ...