Sebab Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
Saya pasti anda semua dah pernah melalui
fasa ini, berdiet tapi tak turun berat puas dah kira kalori, pergi bersenam, tak
makan nasi tetapi berat masih maintain atau, dah banyak turun berat, lepas tu
dia taknak turun- turun dah. Padahal masih jaga pemakanan dengan betul,
bersenam dan sebagainya.
KENAPA AGAKNYA YA ???
Anda mungkin feeling2 tengah
berdiet, tetapi sebenarnya ada tabiat kecil yang anda tidak perasan yang
menyebabkan berat tak turun- turun walaupun sudah berdiet salah satunya adalah:
Cukupkah
Anda Minum Air?
Ramai orang yang ambil ringan bab minum air
kosong, ada juga yang rasa dia sudah minum cukup, tetapi sebenarnya tak sampai pun
2 Liter. Pengambilan air kosong adalah sangat penting untuk penurunan berat
badan, amalan minum 1/2 liter 30minit sebelum waktu makan akan turun 44% lebih
banyak daripada yang tidak minum dengan secukupnya, minum air kosong juga dapat
tingkatkan pembakaran kalori sebanyak 24-30% dalam masa satu setengah jam.
Makan
3 kali sehari SAHAJA?
Mungkin anda rasa lagi kurang makan, maka
berat akan makin berkurang. Ini adalah anggapan yang salah! Ya, memang anda perlu
ambil kalori kurang dari yang sepatutnya, tetapi wajib dipecah- pecahkan kepada
5-6 kali hidangan.
KENAPA?
Sebab kekerapan makan dengan porsi yang kecil akan menggalakkan
metabolism aktif, mengelakkan rasa lapar dan bantu kawal kadar gula dalam darah
hasilnya anda akan makan kurang dari biasa.
Tidur
Tidak Cukup
Faktor kurang tidur juga boleh
mengakibatkan berat badan meningkat mereka yang kurang tidur adalah sangat berisiko
untuk mengalami obesity, bagi dewasa dan kanak kanak yang tak cukup tidur ada
55% dan 89% lebih risiko untuk menjadi obesity, ketahuilah tidur yang cukup
sebenarnya sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental, termasuklah berat
badan.
Tak
Makan Nasi, Tapi Makan Roti
Tahukah anda satu mangkuk nasi adalah
bersamaan dengan 200kalori manakala 2 keping roti juga bersamaan dengan
200kalori, sekiranya anda ingin mengambil roti tukarkan kepada roti wholemeal 2keping,
maka anda akan mendapat manfaat fiber dan bijirin, berbanding roti putih yang
tiada nutrisi langsung, lebih banyak sumber bijirin tak terproses dalam roti
adalah lebih baik.
Indeks Glisemik juga pastikan rendah –
supaya rasa kenyang berpanjangan,walaupun berkhasiat anda perlu hadkan juga pengambilan
roti kepada 2 keping sahaja sehari. Tak makan nasi tapi makan roti tanpa had
akan lebih menggemukkan, baik anda makan sahaja nasi tu!!
Tak
Makan Cukup Protein
Protein adalah penting bukan setakat untuk
perbaiki otot dan tisu. Ada kajian pada tahun 2003 dalam Jurnal Nutrisi
menyebut, dua kumpulan wanita yang overweight diberi makan kalori yang sama,
tetapi satu kumpulan diberi 128gram protein sehari, manakala sekumpulan lagi
diberi 68gram protein sehari. Kumpulan wanita pertama didapati hilang lebih
banyak berat badan berbanding kumpulan kedua.
Protein dapat menambah rasa kenyang setiap
kali makan, dan ia membantu rasa kurang lapar, maka anda akan kurang makan
sepanjang hari. Diet yang tinggi protein juga akan memperbaiki kadar gula dalam
darah dan juga nisbah otot kepada lemak. Otot akan terpelihara maka lemak akan
lebih cepat terbakar.
Kalori
vs Nutrisi
Kadangkala berat bukan turun sebab jumlah
kalori yang dimakan, tetapi JENIS kalori
yang dimakan Ini adalah punca sebabnya berat tak turun walaupun berdiet.
Akibatnya, dia makan lebih banyak, dan rasa
craving melampau, akhirnya menghentikan program diet jadi dia ubah dari mengira
kalori kepada mengira makronutrien.
Makronutrien ialah protein, karbohidrat dan lemak – yang beri kalori dan tenaga
kepada tubuh ,jika hanya untuk makan dengan kalori rendah, kita boleh makan apa
sahaja yang hampir tiada nilai nutrisi, seperti minuman 3in1 tanpa gula,
bijirin rendah lemak, makanan fast food tanpa lemak.
Comments
Post a Comment