Obesiti

Apa itu obesiti ?  obesiti didefinasikan sebagai  pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang,lebih teruk lagi obesiti boleh menggangu & mencederakan organ-organ badan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serious , selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan social pengidap terdedah kepada pelbagai penyakit yang lain , jangka hayat juga semakin pendek.
Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
 
3. Penyakit jantung,
 
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
 
6. Kanser dan sebagainya.



Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.




LANGKAH-LANKAH MENGATASI OBESITI
Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk mengatasi obesity daripada terus mengular dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa, disini terdapat beberapa kaedah untuk menatasi masalah obesity :-

PEMAKANAN YANG SEIMBANG 
Mengamalkan Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin yang dapat membantu pertumbuhan  kesihatan tubuh badan, minum air secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan  diet yang betul. Tubuh secara puratanya memerlukan protein dalam sehari,makanan berprotein daging, susu, buah-buahan, sayur-sayurandan kekacang.



Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti  :-

·         Makanan yang banyak lemak dan gula.
·         Pengambilan makanan menggoreng   banyakkan makanan yangdirebus dan dibakar.
·         Menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susumengandungi kandungan gula yang amat tinggi
·         Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanakyang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan.

Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut :-
               
                
BMI =    Berat (kg) / (Tinggi (m) X Tinggi (m)
·         Bawah 18.5 kurang berat
·         Antara 18.5 22.9 berat yang sihat
·         23 hingga 27.4 agak lebih berat
·         27.5 dan keatas gemuk/obes
·         Walaubagaimanapun formula ini tidak boleh digunakan jika anda berusia kurang 18 tahun atau lebih 64 tahun
·         Mengandung atau menyusukan anak
·         Seorang ahli sukan yang aktif


Comments

Popular posts from this blog

Dietitian dan Komuniti

Panduan Senaman Ringkas di Pejabat