Kopi
Secara
umumnya kopi dinikmati pelbagai lapisan usia dan bangsa sebagai salah satu minuman
kemestian, sesetengah individu mengangap
kopi adalah teman pada waktu pagi kerana ia dapat mengurangi rasa
mengantuk/letih .
Pelbagai pendapat bila ditanya samada
minuman kopi baik untuk kesihatan atau sebaliknya. Jawapannya bergantung pada
jenis kopi dan jumlah pengambilan. Katakan anda tidak menghidap kencing manis,
anda tidak perlu risau meminum kopi sebab kajian mendapati kopi boleh
menurunkan risiko menghidap kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2). Bukan
kerana kafein, tapi bahan lain dalam kopi yang memberi kesan tersebut tidak
kira samada ia minuman kopi berkafein ataupun tidak (decaffeinated coffee).
Malangnya bagi pesakit diabetis atau kencing
manis, mengambil minuman berkafein seperti kopi boleh memburukkan lagi penyakit
diabetis yang dihidapi. Ini kerana kafein yang terkandung dalam minuman
tersebut mengganggu sistem dalaman menyebabkan badan semakin sukar untuk
mengawal kandungan gula dalam darah. Namun pesakit diabetis boleh mengambil
minuman kopi yang telah dinyah-kafein (decaffeinated coffee) sebagai alternative-
Kajian lain menunjukkan amalan meminum kopi
dapat mengurangkan risiko penyakit strok (angin ahmar), membantu mencegah
kanser kulit serta memberi kesan perlindungan terhadap penyakit Alzheimer.
Namun fakta tersebut masih memerlukan kajian lanjut untuk mengesahkannya. Dalam
satu review yang dikeluarkan pada tahun 2007 dalam Neurological Research tabiat
meminum kopi secara berterusan membantu mencegah penyakit Parkinson. Tetapi
kesan ini tidak terjadi kepada wanita yang telah menopos yang mengambil terapi
hormon estrogen, sepertimana dilaporkan dalam American Journal of Epidemiology
dalam tahun 2004.
Minuman kopi didapati tidak meningkatkan
risiko menghidap kanser pundi kencing, perut, buah pinggang, atau payudara
malah ia membantu sedikit sebanyak mencegah kanser hati. Kajian menunjukkan
tabiat meminum kopi dikaitkan dengan kandungan enzim dalam darah yang
menunjukkan kerosakan hati adalah rendah. Keputusan ini adalah konsisten tidak
kira orang itu pernah atau tidak menghidap penyakit hati. Masih tidak pasti
samada kesan ini disebabkan kafein atau bahan lain dalam kopi
Ringkasnya, bagi kebanyakan orang yang
menikmati minuman kopi sekadar secawan dua sehari memang tidak perlu risau.
Hakikatnya, meminum dua ke empat cawan kopi sehari (200 ke 300mg kafein)
berkemungkinan besar selamat. Tapi pengambilan kopi yang berlebihan, seperti
empat ke tujuh cawan sehari (500 ke 600mg kafein) akan mengundang pelbagai
masalah seperti sukar tidur, cepat gemuruh, cepat marah, loya, degupan jantung
yang laju, sakit kepala, kemurungan, tangan menggeletar dan sebagainya.
http://www.drhasbi.com/2013/11/kebaikan-dan-keburukan-meminum-coffee.html
Comments
Post a Comment