Pegaga (Centella asiatica)
Pegaga (Centella Asiatica) adalah sejenis daun yang dikenali sebagai ulam dalam masyarakat melayu, pegaga juga
terdapat di india, china & Indonesia namun kini pegaga semakin mendapat
perhatian masyarakat. Seperti kita tahu pegaga sangat berkhasiat mengandungi pelbagai
nutrient, antaranya adalah asid asiatik, kalsium potassium, fosforus, beta
karotin, vitamin c, tiamin,niasin dan riboflavin. Selain dikenali sebagai ulam,
pegaga juga boleh di jadikan sebagai jus
harian .
Antara khasiat dan kegunaan pegaga :-
- merawat masalah selulit
- melewatkan proses penuaan ( antiaging)
- membantu masalah keguguran rambut serta menyihatkan kulit kepala dan kuku
- melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan masalah urat saraf
- merawat luka dalaman & luaran serta membaik pulih tisu yang rosak dan menghilangkan parut
Pegaga
juga digunakan sebagai rawatan semulajadi bagi mencegah jangkitan bakteria dan virus seperti
selesema, jangkitan pundi kencing, rawatan selepas bersalin,mengurangkan
tekanan darah tinggi dan banyak lagi.Namun begitu bagi mereka yang mengalami
masalah kesihatan yang serius, pengguna
di nasihatkan untuk merujuk kepada doktor
Comments
Post a Comment