Panduan Senaman Ringkas di Pejabat
Selain menjaga pemakanan factor senaman
atau regangan ringkas juga sangat
penting untuk mendapat kehidupan yang sihat, ahli terapi kesihatan berkata kaji
selidik menunjukan 65% daripada pekerja pejabat mengalami masalah kesihatan kerana
tekanan di tempat kerja dan 35% lagi disebabkan kecederaan fizikal.
Senaman –senaman mudah di pejabat tidak
memerlukan persediaan alatan ,ia boleh dilakukan dengan cepat dan mudah untuk
memastikan otot direngangkan dan menghilangkan lenguh angota badan. Kami
kongsikan senaman mudah yang boleh dilakukan di pejabat :
1.Gunakan Tangga
Seseorang yang berat 160lbs dapat membakar
26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116
kalori sudah dibakar. Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh
membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan
jantung .
2.
Menaikkan/Angkat Kaki (Leg Raise)
Dalam keadaan masih duduk di atas kerusi
(tanpa sesesiapa sedar) angkat kaki ke hadapan di bawah meja dan tahan selama
5saat. Kemudian turunkan kaki dalam keadaan tergantung tanpa menyentuh lantai.
Ulang langkah-langkah ini beberap kali.
3.
Tekan Tubi Pada Dinding
Tekan tubi ini sangat bagus untuk orang
yang baru nak bersenam, cari dinding dan berdiri kira-kira 3 kaki menghadap
dinding serta luruskan/tegangkan tangan untuk menyentuh dinding dengan tapak
tangan anda,tangan yang menekan dinding tolak badan kita untuk melengkapkan
proses push-up.
4.Regangan
Belakang
Letakkan tangan di atas meja cengkamkan
meja dengan kuat kemudian tolak kerusi
ke belakang sambil meregangkan kepala ke hadapan supaya ianya berada di
antara lengan kita.Lihat ke bawah pada lantai dan kemudian perlahan lahan Tarik
diri kedalam untuk melengkapkan rengangan
Adalah lebih bagus sekiranya kita sedang
duduk di atas kerusi beroda yang boleh pusing.
5.
Standing Leg Curl
Kaedah leg curl ini akan menguatkan
bahagian urat keting kaki kita, mulakan dengan berdiri dan letakkan kedua-dua
belah tangan di bahagian belakang kerusi untuk mengimbangkan badan. Bengkokkan
lutut kanan dan angkat tumit ke atas ke arah punggung tahan beberapa saat dan
rendahkan kaki tersebut,ulang beberapa kali dan lakukan gerakan yang sama pada
kaki sebelah kiri.
Sumber : www.majalahrapi.com
Comments
Post a Comment