Posts

Showing posts from June, 2017

Panduan Senaman Ringkas di Pejabat

Image
Selain menjaga pemakanan factor senaman atau regangan ringkas   juga sangat penting untuk mendapat kehidupan yang sihat, ahli terapi kesihatan berkata kaji selidik menunjukan 65% daripada pekerja pejabat mengalami masalah kesihatan kerana tekanan di tempat kerja dan 35% lagi disebabkan kecederaan fizikal. Senaman –senaman mudah di pejabat tidak memerlukan persediaan alatan ,ia boleh dilakukan dengan cepat dan mudah untuk memastikan otot direngangkan dan menghilangkan lenguh angota badan. Kami kongsikan senaman mudah yang boleh dilakukan di pejabat  :  1.Gunakan Tangga Seseorang yang berat 160lbs dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori sudah dibakar. Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung . 2. Menaikkan/Angkat Kaki (Leg Raise) Dalam keadaan masih duduk di atas kerusi (tanpa sesesiapa sedar...

Pegaga (Centella asiatica)

Pegaga ( Centella Asiatica ) adalah sejenis daun yang dikenali sebagai ulam dalam masyarakat melayu, pegaga juga terdapat di india, china & Indonesia namun kini pegaga semakin mendapat perhatian masyarakat. Seperti kita tahu pegaga sangat berkhasiat mengandungi pelbagai nutrient, antaranya adalah asid asiatik, kalsium potassium, fosforus, beta karotin, vitamin c, tiamin,niasin dan riboflavin. Selain dikenali sebagai ulam, pegaga  juga boleh di jadikan sebagai jus harian . Antara khasiat dan kegunaan pegaga :- merawat masalah selulit melewatkan proses penuaan ( antiaging) membantu masalah keguguran  rambut  serta menyihatkan kulit kepala dan kuku melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan masalah urat saraf merawat luka dalaman & luaran serta membaik pulih tisu yang rosak dan menghilangkan parut Pegaga juga digunakan sebagai rawatan semulajadi bagi mencegah  jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan pundi kenci...

Dietitian dan Komuniti

DIETITIAN -  Dietitian adalah pakar dalam  menguruskan makanan makanan sihat & resipi-resipi dalam organisasi pemakanan mereka mengetahui kesan-kesan pengambilan makanan diambil oleh seseorg,tugas mereka juga memberi suplemen atau makanan tambahan apa yang sesuai diambil oleh seseorang untuk menampung kekurangan nutrien dalam tubuh badan mereka. Selain itu, mereka juga tahu kesan persekitaran terhadap pemakanan yang diambil oleh kita. Perkhidmatan Makanan Dietitian bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan pengeluaran makanan (makanan biasa atau terapeutik) dan sistem penghantaran untuk memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang diberikan kepada pesakit atau pelanggan. Kawalan kualiti dan pematuhan terhadap piawaian dan garis panduan keselamatan makanan adalah penting. Usaha mendapatkan maklum balas mengenai kepuasan seseorang, jangkaan pelanggan dan peningkatan kualiti berterusan adalah aset kepada organisasi. Dietitian bekerja di hospital atau di ...